Selalunya kami hanya memberi padangan
kepada para wanita, tetapi kali ini kami ingin memberi padangan untuk
para lelaki dan juga bakal suami!
Hurm..Untuk lelaki di luar sana, anda pasti ke kekasih anda, mampu menjadi isteri yang terbaik untuk anda?
#1. Terlalu Bergantung
Pada dia anda adalah segala-galanya .
Apabila dia mahu membeli benda yang mudah pun, dia akan mendail nombor
anda dan meminta anda untuk membelikan untuknya. Lebih parah apabila dia
sentiasa menunggu anda untuk membuat keputusan untuknya, maka anda
perlu berfikir dua kali . Seorang isteri perlu berdikari . Dapat
mengendalikan rumah apabila anda tiada dirumah.
#2. Cara Pemakaian
Seorang isteri perlu menjaga kesopanan
dalam berpakaian setelah berkahwin. Mungkin sebelum berkahwin ianya
tidak menjadi tanggungjawab anda untuk menegur kekasih anda itu. Tetapi
apabila dah berkahwin, dia membawa nama anda kemana sahaja dia pergi.
Pasti anda tidak mahu anak anda mengikut jejak langkahnya yang
berpakaian singkat dan terdedah sana sini.
#3. Kurang Ajar
Jika semasa bercinta dia dah mulakan
sikap kurang ajar dengan anda atau orang lain, batalkan niat anda untuk
jadikannya sebagai isteri. Apa yang penting dalam hubungan suami isteri
ialah saling hormat menghormati. Tetapi apabila kekasih anda tidak mampu
menghormati anda, sampai ke tua pun semuanya tidak akan berubah. Jangan
menyesal di kemudian hari je nanti.
#4. Emosi Tidak Stabil
Kejap ok kejap marah-marah. Jika kekasih
anda mempunyai perangai sebegini, periksa dahulu sebab apa dia
bertindak sedemikian. Mungkin ada masalah. Tapi kalau tiada masalah pun
kekasih anda bersikap sedemikian, fikir dua kali untuk menjadikannya
sebagai isteri. Penat jugak nak layan perangainya hari-hari sebegini.
#5. Penipu
Menipu adalah perkara yang paling teruk.
Tidak ada sebab untuk anda bersama dengannya lagi jika kekasih anda
menipu anda. Jika sebelum berkahwin pun dah pandai menipu, apa lagi
selepas bergelar suami isteri. Jadi, tunggu apa lagi, lari!
#6. Tidak Pandai Mengurus
Seorang wanita yang lebih suka membeli
kain tenunan yang mahal daripada membelanjakan WANG ke atas
perkara-perkara yang lebih baik, atau yang membuat keputusan yang tidak
bijak dengan menggesa anda untuk membelanjakan WANG ke atas kereta yang
paling mahal daripada membuat PELABURAN dalam perkara-perkara yang
munasabah, tidak akan menjadi isteri yang baik . Buat pilihan bijak
wahai lelaki!
0 comments:
Post a Comment