Slide # 1

Selamat Datang Ke Website Kami Tamparuli Town

Kami Memberikan Anda Info-Info Terbaru Dari Kami Lebih Lanjut

Slide # 2

AKAN DATANG

AKAN DATANG Baca Lagi

Slide # 3

AKAN DATANG

akan datang Read More

Slide # 4

AKAN DATANG

akan datang Read More

Slide # 5

AKAN DATANG

AKAN DATANG Read More

Tuesday 12 December 2017

7 jawatan pelik yang dipegang oleh wanita di Korea Utara - Berita Otai

Image result for pekerjaan korea utara
Korea Utara merupakan sebuah negara yang didominasi oleh kaum lelaki. Walau bagaimanapun, kaum wanita masih tidak terkecuali dan dikerah tenaga untuk bekerja di sana.
Jika anda fikir kaum wanita di sana bekerja seperti anda dan juga wanita-wanita lain di seluruh dunia, anda mungkin silap. Kami kongsikan 7 pekerjaan pelik dan teruk yang perlu dibuat oleh wanita Korea Utara.

1. Polis trafik

Walaupun hanya 2% daripada jalan raya di Korea Utara adalah berturap, namun jalan di sekitar bandar raya tetap mempunyai lampu jalan bagi mereka yang mampu mempunyai kenderaan. Lampu jalan itu semuanya berfungsi dengan baik, namun ia masih belum cukup bagi Kim Jong-un. Pihak kerajaan kini mengambil pengawal lalu lintas wanita untuk menjaga trafik di sana. Setiap polis trafik ini dipilih oleh Kim Jong-un sendiri berdasarkan rupa paras mereka.
korea utara polis trafik paling cantik di dunia
Wanita yang layak untuk bekerja sebagai polis trafik mestilah berpewatakan paling menarik dalam Korea Utara, berusia 16 tahun ke atas, sihat, belum berkahwin dan berketinggian sekurang-kurangnya 5'6". Jawatan berprestij ini dibuka untuk mengisi 300 tempat kekosongan sahaja.
Selain menjaga trafik, polis trafik di Korea Utara menjadi ikon fesyen bagi wanita di sana. Semasa musim panas, mereka memakai skirt pendek dengan jaket putih manakala uniform ketika musim sejuk dipadankan dengan earmuffs berbulu tebal.
Namun, para polis trafik wanita ini bukanlah dibenarkan memegang jawatan itu sehingga pencen. Apabila mencecah usia 26 tahun atau apabila mereka ingin mendirikan rumah tangga, mereka perlu melepaskan jawatan itu kepada anak dara jelita yang lain.

2. Petani

Salah satu silap faham tentang wanita di Korea Utara ialah mereka dipaksa duduk diam di rumah sahaja. Sebenarnya, tenaga mereka dikerah sebagaimana kaum lelaki di sana. Wanita di Korea Utara menghabiskan 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk mentelaah tentang sejarah pemimpin dan 8 jam untuk rehat dan tidur.
korea utara petani wanita
Disebabkan kekurangan buruh kasar di negara itu, kaum wanita diperlukan untuk membantu kerja-kerja dalam bidang pertanian untuk meningkatkan hasil tanaman. Mereka dikehendaki bekerja setiap hari selama 70 hari tanpa cuti atau hari rehat. Seperti yang pernah kami tulis dalam artikel lain sebelum ini, wanita daripada golongan kelas bawah yang bekerja sebagai petani kebanyakannya adalah pencari nafkah utama dalam keluarga dengan pendapatan sekitar $1-$2 sebulan. Jika mereka ingin mengambil cuti, mereka perlu membayar kerajaan 50¢ untuk sehari.

3. Guru dengan kemahiran istimewa

Di majoriti negara lain, seseorang perlu mempunyai sijil dan kelulusan tertentu sebelum berkhidmat sebagai seorang guru. Namun, guru di Korea Utara agak istimewa kerena mereka hanya perlu mahir bermain akordion. Pemimpin terdahulu Korea Utara telah meletakkan syarat ini dan dilaporkan ia masih berkuat kuasa hingga kini. Seorang guru perlu lulus ujian bermain akordion sebelum boleh mengajar.
korea utara guru wanita bermain akordion
Antara aktiviti harian di sekolah adalah seperti berikut. Pada jam 8 pagi, pelajar akan masuk ke kelas sambil disapa guru dengan ramah. Kemudian, setelah pelajar duduk di tempat masing-masing, guru akan mengeluarkan akordion dan bermain beberapa buah lagu. Antara muzik popular yang wajib dipelajari oleh para guru adalah lagu berjudul "Kita Tidak Perlu Cemburu di Dunia ini" yang dikhabarkan mempunyai alunan rentak sama seperti lagu Twinkle, Twinkle Little Star.

4. Buruh paksa

Tidak cukup dengan gaji yang begitu rendah, ramai warga Korea Utara yang dipaksa untuk bekerja secara percuma. Mereka yang pernah disabitkan dengan jenayah atau telah ditangkap kerana cuba meninggalkan negara akan dibawa ke kem buruh paksa. Adakalanya keseluruhan ahli keluarga juga turut dibawa sebagai hukuman dan pengajaran kepada pesalah.
Kem-kem buruh paksa ini adalah lebih teruk daripada penjara dengan persekitaran yang menggerunkan. Mereka yang tinggal di kem-kem ini kebiasaannya dinafikan hak asasi seorang manusia. Misalnya, dalam satu sel yang amat sempit, seramai 20 orang tahanan wanita disumbat untuk tidur berhimpit-himpit.
buruh paksa korea utara wanita
Setiap pagi, tahanan yang berusia 17 tahun ke atas perlu bangun seawal 6:30 pagi, menjamah sarapan, bersembahyang dan terus bekerja sehingga jam 8:00 malam. Ada yang perlu bekerja hingga 6 hari seminggu manakala ada tahanan wanita yang dikerah tenaga untuk mengorek batu arang dan memikul batu-batuan. Selepas seharian bekerja, mereka hanya diberikan segenggam jagung untuk dimakan. Disebabkan tiada rawatan perubatan diberikan, kebanyakan wanita ini dipaksa bekerja sehingga tubuh mereka tidak mampu bertahan lagi atau meninggal dunia.

5. Pengunjung gereja

Memandangkan kerajaan Korea Utara menyekat kebebasan beragama, maka rumah-rumah agama dan gereja di sana tidak mengadakan sebarang upacara keagamaan. Ramai orang percaya bahawa mereka hanya mengadakan kuliah agama dan upacara olok-olok sahaja di gereja di mana kesemua kerusi dipenuhi oleh wanita yang dipilih dari kawasan bandar berhampiran untuk berlakon seperti penganut agama yang alim.
pengunjung gereja korea utara wanita
Daripada upacara olok-olok seperti ini, kerajaan dapat mempamerkan imej seolah-olah mereka bertoleransi terhadap agama dan kepercayaan semua orang. Dilaporkan gereja yang berada di tengah-tengah bandar pula hanya dibina untuk mendapatkan derma daripada warga asing dan pelancong yang berkunjung ke situ.

6. Bintang pop

Sejak tahun 1960-an lagi, semua muzik yang dimainkan di Korea Utara diluluskan dan dihasilkan oleh pihak kerajaan sendiri. Sebarang muzik dan hiburan dari luar diharamkan dan dianggap melanggar undang-undang.
bintang pop korea utara kim jong un
Terdapat beberapa kumpulan pop wanita ditubuhkan untuk menghiburkan warga Korea Utara di mana setiap ahlinya dipilih sendiri oleh Kim Jong-un pada tahun 2012. Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi ahli kumpulan pop ini. Mereka akan menaiki pentas dengan memakai baju satin ala ketenteraan, menyanyi sambil bermain pelbagai alat muzik. Lagu dendangan pilihan pula adalah seperti lagu tema filem lakonan Sylvester Stalone iaitu "Rocky".

7. Pemeriksa beras

Sebelum Kim Jong-un memerintah negara itu, kerajaan Korea Utara dipimpin oleh bapanya, Kim Jong-il yang dilaporkan lebih gila kuasa dan suka mengawal. Daripada jenis baju yang dipakai rakyat sehinggalah makanan yang disediakan untuknya, kesemuanya ingin dikawal rapi.
kim jong il pemeriksa beras
Menurut bekas tukang masak mendiang, setiap orang yang berada di rumahnya mempunyai tugasan masing-masing. Namun ada satu tugasan pelik yang perlu dilakukan salah seorang pekerja di situ iaitu memeriksa setiap butir beras sebelum dimasak.
Pemeriksa beras wanita itu akan memeriksa beras dengan mata kasar terlebih dahulu. Kemudian, dia perlu membuang butiran beras yang rosak atau tidak sempurna kerana Kim Jong-il hanya mahu makan nasi dengan butiran sempurna.
Jom Share Berbagi Infomasi Kepada Orang Lain.

10 Self-Made Billionaire Wanita Paling Kaya Di Dunia - Berita Otai

alice walton wanita terkaya di dunia ketika ini

Selepas kematian pemilik syarikat L'Oréal yang diwarisi daripada bapanya, Liliane Bettencourt, Alice Walton telah ditabalkan sebagai wanita terkaya di dunia dengan kekayaan RM183 billion. Alice Walton adalah anak bongsu kepada Sam Walton, pengasas syarikat paling kaya di dunia, Walmart.
Senarai manusia terkaya di dunia terdiri daripada mereka yang mempunyai kekayaan dari dua kategori iaitu self-made, di mana kekayaan tersebut diusahakan sendiri dan kekayaan yang diwarisi. Kali ini iluminasi.com ingin berkongsi senarai 10 self-made billionaire wanita terkaya di dunia.

10. Zhang Xin

zhang xin antara wanita terkaya di dunia
Warganegara : China
Usia : 52 tahun
Kedudukan kekayaan dunia : 616
Zhang Xin adalah pengasas bersama syarikat Soho China, sebuah pemaju hartanah terbesar di Beijing dan Shanghai. Syarikat ini telah membangunkan projek di Beijing dan Shanghai, lebih daripada 54 juta kaki persegi.
Soho China telah disenaraikan dalam Bursa Saham Hong Kong manakala Zhang Xin pula tersenarai sebagai wanita ke-62 paling berpengaruh di dunia pada tahun 2014. Beliau juga mempunyai 10 juta pengikut di Sina Weibo, Twitter versi China.
Kekayaan Zhang Xin kini mencecah RM14.69 billion.

9. Denise Coates

denise coates pengasas syarikat bet365
Warganegara : United Kingdom
Usia : 50 tahun
Kedudukan kekayaan dunia : 494
Dengan kekayaan RM17.14 billion, pengasas dan CEO bersama syarikat perjudian atas talian Bet365 ini, Denise Coates berada di tangga ke-9 self-made billionaire wanita terkaya di dunia
Beliau telah mengasaskan syarikat tersebut bersama abangnya John Coates. Denise bermula awal dalam industri perjudian ini sebagai kakitangan di syarikat bapanya, ketika masih bersekolah. Beliau yang kemudiannya menjadi seorang akauntan telah mengambil alih dan menaikkan syarikat, sebelum dijual. 
Beliau kemudian menyedari perniagaan judi atas talian mampu memberikan keuntungan lumayan, lalu telah membeli domain Bet365.com pada tahun 2000. Setahun kemudian, laman sesawang tersebut dilancarkan. 

8. Rafaela Aponte

rafaela aponte dan suaminya gianluigi
Warganegara : Switzerland
Kedudukan kekayaan dunia : 475
Rafaela Aponte adalah isteri kepada Gianluigi Aponte, Pengerusi kepada syarikat perkapalan kargo, Mediterranean Shipping Company. Pasangan ini bertemu ketika Gianluigi bertugas sebagai kapten kapal. Dan pada tahun 1970, pasangan ini telah melancarkan syarikat tersebut, yang kini dikenali sebagai MSC.
Dalam hanya masa 4 dekad, syarikat MSC berkembang dengan pesat dan menjadi syarikat perkapalan kontena kedua terbesar di dunia dengan 480 buah kapal, di belakang syarikat Maersk. Pasangan ini juga pemilik syarikat kapal persiaran ke-4 terbesar di dunia, MSC Cruise. Rafaela merupakan orang bertanggungjawab ke atas rekabentuk dalaman kapal persiaran milik MSC Cruise.
Kekayaan yang dimiliki oleh Rafaela mencecah RM18.97 billion.

7. Wai Ying Lam

lam wai ying
Warganegara : Hong Kong
Kedudukan kekayaan dunia : 357
Wanita yang berasal dari Hong Kong ini mempunyai kekayaan RM21.21 billion. Lam Wai Ying adalah isteri kepada Kin-Man Yeung, pengasas dan ketua eksekutif syarikat Biel Crystal Manufactory.
Wai Ying juga merupakan pengerusi kepada syarikat ini dan memiliki 49% daripada Biel Crystal Manufactory, manakala suaminya memiliki selebihnya. Syarikat ini merupakan pembekal touch screen bagi telefon pintar bagi Apple, dan mempunyai kakitangan seramai 100,000 di China.

6. Marian Ilitch

marian ilitch
Warganegara : Amerika Syarikat
Usia : 84 tahun
Kedudukan kekayaan dunia : 335
Pengasas bersama syarikat Lilttle Caesars Pizza bersama suaminya ini berada di tangga ke-6 self-made billionaire wanita terkaya di dunia dengan kekayaan RM22.03 billion, menyamai Diane Hendrics. Marian Ilitch mengasaskan syarikat tersebut pada tahun 1959 di Michigan, Amerika Syarikat. Ia merupakan syarikat rangkaian pizza ke-3 terbesar di negara itu, dibelakang Pizza hut dan Domino's Pizza.
Selepas kematian suamiya pada Mike Hitch pada Februari lalu, beliau kini memiliki keseluruhan syarikat itu dengan jualan tahunan sebanyak RM16.8 billion setahun. Selain itu, beliau juga memiliki pasukan hoki ais Detroit Red Wings dan Hotel Kasino MotorCity.

5. Diane Hendricks

diane hendricks
Warganegara : Amerika Syarikat
Usia : 70 tahun
Kedudukan kekayaan dunia : 334
Pengerusi dan pengasas bersama syarikat ABC Supply, antara pengedar bumbung dan tingkap secara borong terbesar di Amerika. Beliau memulakan perniagaan ini bersama-sama arwah suaminya, Ken Hendrics yang beroperasi di Wisconsin 35 tahun lalu. Semenjak kematian suaminya pada tahun 2007, beliau mengambil alih menerajui ABC Supply.
Ketika menerajui syarikat ini, Diane telah membuat 2 pengambilalihan terbesar dalam sejarah dengan membeli syarikat saingan iaitu Bradco pada tahun 2010 dan juga pembekal bahan pembinaan iaitu L&W Supply pada tahun 2016.
Sebanyak RM30.24 billion jualan dijana di lebih 700 lokasi di serata Amerika Syarikat. Ia menjadikan Diane self-made billionaire ke-5 terkaya di dunia dengan kekayaan sebanyak RM22.03 billion.

4. Chan Laiwa

chan laiwa
Warganegara : China
Usia : 76 tahun
Kedudukan kekayaan dunia : 325
FuWah International Group yang merupakan antara pemaju hartanah terbesar di China yang berpangkalan di Beijiing ini, adalah milik Chan Laiwa yang juga merupakan pengasas dan pengerusi syarikat. Syarikat ini terkenal dengan pembangunan yang dilakukan iaitu Jinbo Street dan juga Menara Jinbo, serta Bangunan Regent dan Kelab Joki Hong Kong Beijing.
Syarikat milik Chan juga melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan melabur dalam industri perhotelan di Australia dan New Zealand. Hasil usaha beliau memberikan pulangan lumayan dan kekayaan Chan Laiwa kini bernilai RM22.85 billion.

3. Wu Yajun

wu yajun
Warganegara : China
Usia : 53 tahun
Kedudukan kekayaan dunia : 242
Pengasas bersama, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi bagi syarikat Longfor Properties, Wu Yajun berada di tangga ke-4 senarai ini. Sebelum bergelar usahawan hartanah, Wu bekerja sebagai seorang wartawan.
Beliau mengasaskan syarikat ini bersama suaminya. Dengan kekayaan RM27.74 billion, Wu juga merupakan wanita kedua terkaya di China, dan ke-22 di dunia. Pada tahun 2012, Wu ditabalkan sebagai wanita terkaya di China dan individu ke-5 terkaya di China, namun jatuh ke tangga ke-2 berikutan perceraian dengan suaminya.
Forbes menyenaraikan Wu Yajun sebagai wanita ke-41 paling berpengaruh di dunia pada tahun 2014.

2. Pollyanna Chu

pollyanna chu
Warganegara : Hong Kong
Usia : 59 tahun
Kedudukan kekayaan dunia : 146
Dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kekayaan dalam industri perhotelan dan kasino, wanita ini tidak memilih jalan mudah untuk berjaya. Beliau pada mulanya mencerburkan diri dalam bidang hartanah bersama suaminya.
Melihatkan kejayaan yang dikecapi ketika itu, pasangan ini melancarkan Kingston Financial Group pada tahun 1992 yang dinamakan bersempena anak tunggal mereka, Kingston.
Kekayaan Pollyanna menjadi tiga kali ganda hanya dalam masa 2 tahun yang lalu. Beliau disenaraikan di tangga ke-42 wanita paling berpengaruh di dunia pada tahun 2016. Kini dengan kekayaan RM41.62 billion, Pollyanna merupakan self-made billionaire wanita ke-2 terkaya di dunia.

1. Zhou Qunfei

zhou qunfei
Warganegara : Hong Kong
Usia : 47 tahun
Kedudukan kekayaan dunia : 135
Mengungguli senarai ini adalah wanita bernama Zhou Qunfei, dengan kekayaan RM46.10 billion. Zhou adalah pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat Lens Technology yang diasaskan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Hunan, China.
Syarikat ini merupakan pembekal skrin kaca rata ke seluruh dunia dan antara pelanggan mereka yang popular adalah Apple. Kisah Zhou merupakan contoh bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini jika ada usaha. Beliau merupakan seorang pekerja kilang ketika remaja, namun kini menjadi antara wanita terkaya di dunia.
Beliau memulakan usahanya menjadi usahawan dengan menubuhkan syarikat alat ganti jam bersama saudara-mara di apartmentnya di Shenzen pada tahun 1993.

Jom Like And Share!

6 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Kaya Tapi Tidak Oleh Orang Biasa - Berita Otai

dato aliff syukri dan ferrari

Kehidupan zaman kini kian menjadi-jadi di mana menjadi jutawan dan kelihatan hidup mewah menjadi impian kebanyakan orang. Ini sekaligus membuatkan manusia menjadi hamba wang ringgit. Malah, ramai juga yang ingin kelihatan kaya walaupun miskin dan tahu ia akan merosakkan.
Namun, jika dilihatkan kepada mereka yang benar-benar kaya, sebenarnya mereka ini tidak pun terlalu mencuba untuk kelihatan kaya, dan itu sebenarnya membuatkan mereka kaya. Sikap individu kaya sangat bertentangan dengan mereka yang kelihatan kaya dari segi penampilan, namun realitinya miskin.
Beritaotai ingin berkongi 6 perkara yang dilakukan oleh orang kaya yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan.

1. Tidak kelihatan kaya

simon cowell sering dilihat dengan t shirt putih ringkas

Aspek yang paling penting dalam kehidupan mereka yang benar-benar kaya, adalah dimana orang sekeliling tak dapat mengetahui bahawa mereka adalah orang kaya. Mereka kelihatan seperti orang biasa, berpakaian dan memandu kereta biasa, dan juga bekerja seperti mana anda bekerja.
Dan mereka yang kelihatan hidup mewah dan seperti hendak meniru kekayaan orang lain, mungkin sebenarnya miskin. Di saat anda cuba memperlihatkan kehidupan mewah, mereka yang kaya pula sedang hidup seperti orang biasa. Ini kerana orang kaya hanya fokus kepada apa yang penting sahaja, membuatkan mereka boleh menjadi kaya.
Contoh yang paling popular adalah Mark Zuckerberg dan Simon Cowell. Walaupun tersangat kaya, mereka hanya mengenakan pakaian biasa seperti orang biasa..

2. Melabur

lukisan termahal di dunia salvator mundi


Dan apabila seseorang itu menjadi kaya, mereka akan melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh orang biasa, iaitu melabur wang membeli barangan yang memperkayakan kehidupan mereka, bukan hanya sekadar pelaburan wang ringgit. Mereka akan membeli karya seni, melabur membeli jongkong emas dan barangan antik. 
Barangan seperti ini akan semakin bernilai saban hari dan merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi. Dan apa yang lebih menarik, barangan ini mempunyai ciri yang sangat penting, iaitu sukar untuk dijual.
Sebagai contoh, wang tunai RM1,000 sangat mudah dihabiskan, namun lukisan bernilai RM1,000 tak mampu dijual dengan kadar segera, membuatkan pemiliknya mampu membuat keputusan sebelum menjualnya..

3. Membuat peruntukan

bill gates manusia terkaya di dunia


Ini yang paling penting, bajet. Orang kaya mempunyai bajet sendiri, dan mereka sentiasa mengikut bajet yang ditetapkan. Bajet adalah sesuatu yang sangat penting, tak kiralah sama ada anda miskin atau kaya. Dengan mempunyai peruntukan setiap bulan, anda boleh mengetahui jumlah wang yang masuk dan keluar, serta hanya membelanjakan wang kepada perkara yang perlu. 
Secara tak langsung, anda lebih berdisiplin, dan mampu menyimpan wang secara berterusan. Ini yang membuatkan orang yang kaya itu kekal kaya. Namun apa yang dilakukan oleh kebanyakan orang adalah berbelanja tanpa had, dan langsung tak mempunyai bajet. Hasilnya, tiada simpanan dan mula mengeluh mengenai taraf kehidupan yang semakin menekan.

4. Berjimat cermat

Sama seperti bajet, berjimat merupakan sesuatu yang dilakukan oleh orang kaya yang tidak dilakukan orang biasa. Jika seseorang itu berjimat cermat, secara tak langsung mereka akan kurang membazir. Perlu diketahui bahawa berjimat dan kedekut adalah dua perkara berbeza. 
Berjimat adalah membelanjakan apa yang diperlukan, manakala kedekut adalah menahan daripada berbelanja perkara yang diperlukan. Manfaat berjimat adalah sangat besar dimana anda akan mampu menyimpan wang walaupun sedikit demi sedikit. Seperti kata pepatah, "Setiap satu sen yang disimpan, adalah satu sen yang diperoleh".
Gaji yang anda peroleh setiap bulan tidak membuatkan anda kaya, tetapi simpanan anda lah yang menentukan betapa kayanya anda. Jika gaji anda RM5,000 dan hanya menyimpan RM100 sebulan, berbanding individu bergaji RM2,500 dan mampu menyimpan RM1,000 sebulan, maka, anda lebih miskin daripada individu tersebut.

5. Tak bersara

tan sri syed mokhtar al bukhary melayu terkaya di malaysia

Sememangnya tak ada yang mampu menjadi kaya raya dengan masa yang singkat, melainkan anda melakukan scam menipu orang lain, atau menjadi pengasas dan menjual produk kosmetik atau teh kurus yang langsung tak berkesan, hanya untuk menjadi kaya raya. Orang kaya biasanya menghabiskan masa hidupnya dengan membina kekayaan dengan bersungguh-sungguh disulami dengan menyimpan.
Namun, terdapat banyak manfaat dengan tidak bersara, yang mana kebanyakannya daripada orang kaya memiliki perniagaan sendiri. Apabila anda bekerja sendiri, anda lebih semangat untuk terus bekerja ia merupakan bisnes anda. Dan jika mereka seperti ini bersara, ia pastinya membuatkan mereka berasa bosan dan tak senang duduk..

6. Beli barangan berkualiti

dato aliff syukri terlajak laris

Bukan kerana mahu berlagak dan menunjuk-nunjuk, namun orang kaya membeli barangan yang mahal dan berjenama, adalah disebabkan kualiti. Manakala orang yang tidak, biasanya akan berbelanja kepada barang yang murah, yang mana kualitinya sangat teruk.
Sebagai contoh, adalah lebih baik membeli kasut berharga RM100 dan mampu bertahan selama 3 tahun, daripada membeli kasut berharga RM20 yang hanya mampu bertahan 2 bulan. Berbelanja sedikit tidak semestinya terbaik. Ini adalah sebab mengapa orang kaya menghabiskan wang membeli barangan mahal, namun hanya barang yang diperlukan sahaja, iaitu keperluan, bukannya kehendak..

Motivasi Bagi Kita Semua Jom Share Ramai-Ramai.

Monday 11 December 2017

Jika terlihat peniaga meletakkan had minima bagi pembayaran menggunakan kad kredit atau debit, segera laporkan kepada Bank Negara Malaysia - Berita Otai

Jika terlihat peniaga meletakkan had minima bagi pembayaran menggunakan kad kredit atau debit, segera laporkan kepada Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Salah satu situasi janggal yang kerap berlaku kepada rakyat Malaysia adalah penetapan caj minima bagi pembayaran dengan menggunakan kad.
Sebagai contoh, anda sedang membeli-belah di pasaraya dan apabila tiba di kaunter, juruwang enggan menerima pembayaran dengan menggunakan kad sekiranya jumlah pembelian anda adalah di bawah amaun yang telah ditetapkan.
Justeru, jika keadaan ini berlaku, terpaksalah anda mengeluarkan wang tunai yang berada di dalam dompet anda ketika itu. Jika mencukupi, nasib baik. Bagaimana jika anda tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi? Terpaksalah anda membatalkan niat untuk membeli barangan keperluan anda.
Situasi ini boleh berlaku di seluruh Malaysia sama ada di pasaraya, restoran mahupun kedai serbaneka. Kebiasaannya, penetapan pembayaran kad ini melibatkan jumlah minimum RM10 hingga RM50!
Bagi mengesahkan mengenai kesahihan penetapan peraturan tersebut, pihak SAYS telah menghubungi Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Facebook bagi mendapatkan perinciannya.
Kredit: SAYS

“Hai BNM! Saya ada soalan – adakah sah jika peniaga menetapkan had bagi pembayaran dengan menggunakan kad kredit/debit? Saya telah melihat beberapa kedai menetapkan jumlah minima RM50 bagi transaksi melalui kad”.
Berikut merupakan respon yang diberikan oleh wakil BNM.
“Peniaga adalah dilarang untuk mengenakan jumlah pembelian minima bagi pembelian barangan menggunakan pembayaran kad. Larangan ini termaktub di dalam skema peraturan yang ditetapkan oleh skema pembayaran kad seperti Mastercard dan Visa. Peraturan skema ini boleh didapati melalui laman sesawang skema tersebut”.
“Jika anda berhadapan dengan peniaga yang mengenakan amaun pembelian minima untuk pembayaran melalui kad, anda boleh membuat laporan dengan memberikan maklumat seperti berikut kepada kami”.
Nama peniaga:...............................................................................................................................
Alamat:............................................................................................................................................
Nama pemeroleh (boleh didapati pada resit transaksi pembayaran kad):...............................
Jenis aduan:....................................................................................................................................
Setelah meneliti buku peraturan oleh Mastercard dan Visa, didapati kedua-dua syarikat ini tidak membenarkan mana-mana peniaga untuk menetapkan had tertentu bagi transaksi yang menggunakan kad.

Kredit: Mastercard
Bagi syarikat Mastercard pula, di bawah Seksyen 5.11.3 di bawah Fasal 5, “Peniaga tidak perlu, atau menyatakan bahawa ia memerlukan, jumlah transaksi minima atau maksima untuk menerima Mastercard atau Kad Maestro yang sah dan benar”.
Arahan yang jelas lagi terperinci namun mengapa masih ramai peniaga yang mengambil enteng tentang larangan ini?
Kredit: CNET
Sebenarnya, peniaga perlu membayar sejumlah wang untuk setiap transaksi kad yang berlaku. Fi pertukaran bagi kad kredit dan debit adalah berbeza di Malaysia. Pada kadar yang minima, peniaga perlu membayar fi pertukaran sebanyak 0.21% bagi setiap transaksi kad debit.
Jumlah keseluruhan boleh meningkat dan segelintir peniaga tidak gemar untuk membayar sejumlah wang tertentu bagi pembelian barangan yang berharga RM5 sahaja.
Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mengeluarkan keterangan bahawa pihaknya tidak menyokong tindakan sebegitu dan akan melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan peniaga tidak meletakkan caj minima bagi transaksi menggunakan kad.
Malah, ABM turut mendedahkan bahawa ahli-ahli persatuannya akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang gagal untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan.
Kredit: BNM
Jadi, jika anda berhadapan dengan situasi seperti di atas, anda boleh membuat laporan kepada BNM dengan memberikan butiran yang diperlukan.
Anda juga boleh menghubungi BNM di talian 1-300-88-5465 atau layari laman sesawang BNM untuk maklumat lanjut.
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
sumber : era baru